Wednesday 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUG SHOT

 

MUG SHOT

Mug shot merupakan gambar yang diambil dalam jarak yang dekat serta hanya memfokuskan pada bahagian muka sahaja. Tujuan mug shot adalah untuk mempamerkan raut wajah seseorang secara teliti dan terperinci agar ianya mudah dikenali oleh orang ramai. Dalam pada itu, video tidak sesuai untuk menggunakan teknik mug shot, hal ini kerana pergerakan seseorang yang wujud dalam rakaman video tersebut.

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang: Universiti Putra Malaysia

Gembira

Huraian : Gambar diatas menunjukkan emosi gembira yang menggunakan teknik mug shot. Ini dapat dilihat apabila model menunjukkan emosi gembira dengan raut wajah yang pelbagai.

Sedih 


Huraian : Gambar diatas menunjukkan emosi sedih yang menggunakan teknik mug shot. Emosi sedih dapat dilihat di dalam gambar ini melalui raut muka yang murung, mata yang berair dan muka yang tertunduk sedikit ke bawah.

Takut


Huraian : Gambar diatas menunjukkan emosi takut yang menggunakan teknik mug shot. Ini dapat dilihat apabila model menunjukkan emosi takut dengan ekspresi wajah yang pelbagai.

Geram 


Huraian : Gambar diatas menunjukkan emosi geram yang menggunakan teknik mug shot. Emosi atau perasaan geram sangat sinonim dan bercampur baur dengan perasaan marah dan sakit hati. Ini dapat dilihat apabila model di dalam gambar di atas menunjukkan emosi geram dengan raut wajah yang pelbagai agar dapat disampaikan kepada orang ramai dengan lebih jelas.


Marah



Huraian : Gambar diatas menunjukkan emosi marah yang menggunakan teknik mug shot. Ini dapat dilihat apabila model menunjukkan emosi marah dengan raut wajah yang pelbagai. Tambahan juga, emosi marah ialah suatu gerak balas emosi yang berkaitan dengan pentafsiran psikologi diri terutamanya tentang keadaan apabila diancam oleh seseorang.

 Terkejut



Huraian : Gambar diatas menunjukkan emosi terkejut yang menggunakan teknik mug shot. Emosi terkejut dapat dilihat dengan jelas apabila mata terbeliak serta mulut yang ternganga.


Ketawa




Huraian :  Gambar diatas menunjukkan emosi ketawa yang menggunakan teknik mug shot. Emosi ketawa sangat berkait rapat dengan seseorang yang sedang gembira. Ini dapat dilihat apabila model menunjukkan emosi ketawa dengan ekpresi wajah yang pelbagai. 



Kehadiran Kuliah Minggu 3








No comments:

Post a Comment