CELIK BAHASA ISYARAT
Sumber : Youtube Dewan Bahasa dan Pustaka
Menurut catatan Greek bahasa isyarat telah mula digunakan oleh orang pekak atau bermasalah pendengaran mulai 422 S.M. ( Bremmer et al.1996 ). Sehubungan itu, bahasa isyarat digunakan sebagai bahasa komunikasi dan pembelajaran khususnya kepada pelajar yang bermasalah pendengaran. Berdasarkan video celik bahasa isyarat. Terdapat beberapa perkongsian yang menarik dan berguna yang ditekankan oleh Prof. Dr. Normaliza. Antaranya ialah, tujuan kita untuk belajar bahasa isyarat ialah dapat berkomunikasi dengan orang lain terutamanya orang yang istimewa. Saya juga sangat bersetuju dengan semangat dan minat Prof yang sanggup belajar bahasa isyarakat dan lebih mengagunkan Prof hanya mengambil masa selama 2 bulan sahaja untuk belajar bahasa isyarat dan menggunakan platform Twitter sebagai rujukan. Bagi saya, bahasa isyarat perlu dipelajari oleh setiap orang agar kita dapat menambah pengalaman baru serta tambah meningkat interaksi sosial antara kita dan juga orang yang istimewa. Selain itu, dalam video tersebut dibincangkan tentang sesetengah masyarakat yang bertindak sambil lewa dan tidak mementingkan bahasa isyarat dalam kehidupan mereka kerana timbulnya perasaan malas dan tidak ingin mengambil tahu. Sebaliknya sikap ini perlu diganti dengan sikap dan pemahaman yang lebih positif kerana banyak kesitimewaan bahasa isyarat yang tidak kita ketahui. Bahasa isyarat sangat menarik untuk digunakan kerana hanya menggunakan tangan sahaja. Tambahan juga kita boleh menggunakan bahasa isyarat di dalam rumah sahaja untuk menimbulkan kesedaran antara satu sama lain. Maka lama kelamaan ianya akan tersebar di peringkat Universiti dan tempat kerja kelak. Prof Normaliza juga ada menyentuh untuk menggunakan bahasa isyarat sekiranya kita dalam keadaan marah dan tertekan untuk mengelakkan penggunaan ayat dan bahasa yang tidak baik. Serta menggunakan bahasa isyarat yang betul dan memberi makna dalam kehidupan. Orang ramai juga perlu belajar dan berusaha menggunakan bahasa isyarat jangan malas dan bertangguh-tangguh dan sekurang-kurangnya dapat mengetahui asas bahasa isyarat. Di samping itu, terdapat satu soalan yang menarik dikemukan oleh seorang penonton dalam video tersebut iaitu, soalannya berbunyi cadangan yang boleh pelajar di Universiti lakukan untuk tingkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya untuk mengetahui asas bahasa isyarat di zaman ini. Prof Normaliza berkata, belia menyarankan agar bahasa isyarat diwujudkan sebagai khursus elektif wajib agar pelajar Universiti mengetahui kepentingan bahasa isyarat dengan lebih mendalam serta manfaat dan kesan yang baik kerana apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak mereka dapat menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempengaruhi orang sekeliling untuk turut mempelajarinya juga. Seterusnya, sesetengah individu yang mempunyai kemahiran dalam bahasa isyarat tetapi malu untuk menggunakannya dan menonjolkannya. Menurut Prof Normaliza kita perlu membuang perasaan malu dan perlu berusaha dan bersungguh-sungguh untuk menunjukkan minat dalam bahasa isyarakat kerana secara tidak langsung orang yang mahir bahasa isyarat ini mereka dapat membantu dan berkongsi dengan orang istimewa ini. Kesimpulanya, diharapkan masyarakat di Malaysia terutamanya golongan yang muda di Universiti dapat mempelajari bahasa isyarat kerana bahasa isyarat mempunyai banyak kelebihan dan manfaat bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi berguna untuk orang lain terutamnya golongan yang istimewa kerana kalau bukan kita yang membantu mereka siapa lagi.
Kehadiran
No comments:
Post a Comment