Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas
grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang.
Dalam gambar tersebut, ruang kiri papan iklan tersebut mengandungi teks dan
ruang kanan pula mengandungi gambar roti bun yang besar yang dapat mengimbangi
teks di ruang sebelah kiri. Margin atas dan bawah dalam papan iklan tersebut
juga sama dan seimbang.
Rujukan:
https://cdn2.f-cdn.com/contestentries/1420651/18874083/5ba8f4e8d67ce_thumb900.jpg
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen
keseimbangan. Imej burger dengan perkataan adalah seimbang dan saiz ketinggian yang sama besar. Imej
burger dan perkataan adalah seimbang dari segi ruang bahagian kiri dan kanan
serta atas dan bawah. Oleh itu, grafik ini boleh menarik perhatian orang yang
melihatnya.
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Bunga
Huraian:
Keseimbangan yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui
ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah. Dalam gambar tersebut
menunjukkan imej bunga di tengah-tengah gambar. Ini memberikan keseimbangan
terhadap ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah kerana pemberatan imej bunga
hanya ada ditengah-tengah. Oleh itu, keseimbangan yang terdapat dalam gambar
tersebut dapat memberikan keseragaman dalam gambar supaya nampak lebih kemas
dan menarik.
Rujukan:
https://images.app.goo.gl/dZzATbg8dSQ3rc249
Elemen: Keseimbangan
Tema: Papan Iklan
Huraian: Gambar tersebut mengetengahkan eleman keseimbangan. Gambar ini
seimbang dari segi penggunaan ruang di bahagian kiri dan kanan serta teks yang
digunakan juga seimbang kerana telah dijustifikasi. Ruangan di bahagian atas
dan bawah gambar tersebut juga seimbang mengikut pemilihan warna yang gelap
pada kedua-dua bahagian tersebut. Penggunaan warna yang gelap dapat
menyeimbangkan gambar itu.
Rujukan:
http://www.imsonline.in/10-steps-to-create-an-effective-billboard-ads/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Gambar ini sangat menarik perhatian.
Susunan batu yang sama dapat menimbulkan prinsip keseimbangan iaitu sama ada
antara kiri dan kanan atau atas dan juga bawah. Tambahan juga batu yang berada
di bahagian tengah gambar kelihatan dominan berbanding pemandangan laut di
bahagian belakang. Jelaslah, gambar ini menekankan elemen keseimbangan.
Rujukan: https://nurcahyoadikusumo.com/keseimbangan-3h-dalam-hidup-dan-kehidupan-manusia/
Elemen: Keseimbangan
Tema: Minuman
Huraian: Gambar ini
menekankan elemen keseimbangan dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana,
penggunaan ruang yang sangat padat dan sesuai dengan watak yang ada dalam
gambar. Keseimbanggan menyusun watak buah limau dan daun untuk memenuhi ruang
kiri kanan dan ruanga atas bawah menunjukkan gambar ini berat kepada elemen keseimbangan. Oleh itu, gambar
ini sangat menarik kerana pembahagian ruang yang seimbang untuk menyampaikan
mesej.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Produk
Huraian: Elemen asas grafik yang paling menonjol dalam
foto di atas ialah elemen keseimbangan. Objek diletakkan di bahagian tengah
pada setiap pecahan kotak mengikut tema warna yang berbeza-beza iaitu, merah
jambu, oren dan biru muda. Ruangan kosong pada bahagian kiri, kanan, atas dan
bawah untuk ketiga-tiga pecahan adalah sama dan terlihat sangat seimbang. Latar
berbentuk bunga diletakkan pada bahagian belakang ketiga-tiga objek, dan
bukannya satu atau dua sahaja agar ketiga-tiga objek kelihatan sama dan seimbang
meskipun di dalam kotak yang berbeza.
Rujukan: https://www.packagingoftheworld.com/2017/09/botanics.html?m=1
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Gambar di atas menunjukkan bukit dan
gunung yang berdiri tegak di antara sebatang sungai. Berlatarkan langit yang
cerah. Mampu menarik minat sesiapa sahaja yang memandang. Ianya mempamerkan
keseimbangan yang jelas.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Elemen yang diketengahkan dari gambar ini
ialah elemen keseimbangan. Elemen keseimbangan ini ditentukan dari ruang yang
terisi di sebelah kiri dan kanan. Perkataan “Another episode? SNACK IT TO ME!”
di letakkan selaras dengan bahagian atas pek bungkusan. Manakala tulisan
‘Presented by ‘diletakkan sebaris dengan ruang bawah pek bungkusan makanan.
Oleh itu, gambar ini dapat kita kategorikan sebagai elemen keseimbangan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Siaran Televisyen
Huraian: Gambar iklan siaran televisyen di atas
menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana setiap ruang dalam
gambar tersebut diseimbangkan dengan kehadiran imej dan teks tertentu. Dalam
konteks gambar ini, ruang sebelah kiri gambar memaparkan imej lereng gunung
seimbang dengan imej lereng gunung di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas
pula terdapat teks ‘The Croods’ manakala di sebelah bawah terdapat imej figura
kartun. Maka, penggunaan latar belakang yang berwarna biru juga diseimbangkan
dengan imej hadapan gambar yang berwarna hijau.
Rujukan: https://images.app.goo.gl/zWowNDWL4fgcmUW36
Elemen: Keseimbangan
Tema: Buku
Huraian: Imej di atas menunjukkan elemen keseimbangan pada buku. Tulisan pada buku tersebut menunjukkan
keseimbangan dalam ruang. Saiz ruangan kosong bahagian kira dan kanan serta
bahagian atas dan bawah pada buku adalah seimbang. Tiada apa-apa corak atau
unsur grafik lain hadir di antara ruangan kosong tersebut. Latar buku yang
gelap menyerlahkan warna teks yang cerah. Maka, teks seimbang dengan latar buku
yang gelap.
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Makanan
Huraian:
Keseimbangan yang
terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui ruang kiri dan kanan,
dan ruang atas dan bawah. Dalam gambar tersebut menunjukkan imej makanan di
tengah-tengah gambar. Ini memberikan keseimbangan terhadap ruang kiri dan
kanan, dan ruang atas dan bawah kerana pemberatan imej hanya ada
ditengah-tengah. Oleh itu, keseimbangan yang terdapat dalam gambar tersebut
dapat memberikan keseragaman dalam gambar supaya nampak lebih kemas dan
menarik.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Produk Wangian
Huraian: Gambar tersebut mengetengahkan eleman keseimbangan. Walaupun
terdapat kesemua elemen asas grafik pada gambar ini, tetapi gambar yang
dipaparkan lebih memberatkan kepada elemen keseimbangan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, penggunaan ruang kiri dan kanan serta atas dan bawahnya adalah
sama ataupun seimbang. Susunan setiap botol wangian juga kelihatan seimbang dan
teliti.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar ini menekankan elemen keseimbangan
dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana, penggunaan ruang yang sangat padat
bersesuai dengan watak yang ada dalam gambar. Keseimbanggan menyusun watak 4
batang Rolls, 3 pek Super Crunch, 8 biji gula-gula untuk memenuhi pinggan
sangat kreatif. Penggunaan ruang kiri kanan dan ruang atas bawah juga sangat seimbang
serta dapat menarik tumpuan orang ramai terhadap mesej yang ingin disampaikan.
Oleh itu, gambar ini seimbang kerana penggunaan ruang yang maksimum dapat
menyapaikan mesej kepada orang ramai.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas
grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang.
Dalam gambar tersebut, ruang kiri dan ruang kanan foto mempunyai ruang kosong
yang sama. Kedudukan biskut di tengah-tengah piring dapat mengimbangi seluruh
ruang kosong di dalan foto tersebut. Margin atas dan bawah dalam foto tersebut
juga sama dan seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Elemen asas grafik yang paling menonjol di
dalam foto di atas ialah elemen keseimbangan. Pembahagian dua warna kotak bagi latar warna objek di dibahagikan dengan sekata. Selain itu, saiz objek dan teks juga menggunakan
saiz yang sama besar. Ruang kosong kiri, kanan,
atas, dan bawah juga sekata dan
kelihatan sangat stabil
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Pemandangan langit yang seimbang antara awan dan pokok menunjukkan susun atur yang kemas bagi sesebuah gambar. Jumlah awan pada langit dan jumlah pokok menunjukkan keseimbangan yang nyata. Gambar ini mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Gabungan warna yang seimbang menyejukkan lagi mata yang memandang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar ini dipilih sebagai elemen
keseimbangan. Hal ini demikian kerana gambar ini makanan itu terletak
betul-betul di bahagian titik fokus kamera. Warna juga memainkan peranan yang
penting dalam gambar ini di mana warna putih menjadi perantaraan dengan warna
latar dan warna subjek. Oleh itu, keseimbangan dalam gambar ini bermula dari tengah
titik fokus kamera.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan segera
Huraian: Gambar yang diambil ini sangat seimbang dan menarik perhatian khususnya pada bahagian warna. Tetapi, susunan yang sama dan seimbang diantara bahagian kiri dan juga kanan menjadikan objek kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna. Secara tidak langsung, susunan makanan di dalam gambar ini merupakan daya tarikan pertama yang dilihat oleh orang. Maka jelaslah, gambar ini menunjukkan elemen
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Gambar di atas menjelaskan elemen asas grafik
keseimbangan. Hal ini kerana setiap ruang seperti ruang atas, bawah, sebelah
kanan, dan sebelah kiri gambar diseimbangkan dengan imej objek di pantai.
Terdapat latar belakang imej bukit di sebelah kiri gambar dan diseimbangkan
dengan imej bukit di sebelah kanan gambar. Di posisi hadapan gambar pula,
kewujudan batu-batuan di sebelah kiri gambar diseimbangkan dengan batu-batuan
dan deruan ombak perlahan di sebelah kanan gambar menyebabkan gambar kelihatan
seimbang. Hamparan imej awan putih di bahagian atas gambar pula diseimbangkan
dengan imej batu-batuan di di persisiran pantai.
Ketua: Nur Suraya binti Sulaiman (204114)
Penolong: Siti Fairuz binti Samsudin (203302)
No comments:
Post a Comment