Wednesday 31 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA


PENDEKATAN ANALISIS WACANA 

 

PRA-ANDAIAN

 

Pra-andaian ialah hal yang diamalkan sebelum permulaan garis hujah atau sesuatu tindakan. Pra-andaian dibahagikan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan juga  konteks.

 

EMOSI

 

Emosi ialah suatu perasaan yang muncul di dalam diri seseorang akibat rangsangan dari dalam diri mahupun dari luar. Tambahan juga, emosi ini terbahagi kepada dua aspek iaitu emosi positif dan negatif serta emosi yang bercampur.

 

NILAI DAN BUDAYA

 

Nilai dan budaya berkaitan dengan aspek diri, masyarakat dan adat. Hal ini berkait rapat dengan nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Misalnya Nilai seperti jujur, ikhlas, baik hati. kasih sayang dan kerajinan.

 

BAHASA

 

Bahasa memfokuskan kepada bahasa pertama, kedua dan ketiga. Selain bahasa dikategorikan keepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal.

 

INFERENS

 

 

Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Selain itu, aspek analisis ini perlu dibincangkan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini perlu dijelaskan dengan lebih lengkap.

 

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.



No comments:

Post a Comment