Wednesday 31 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- ELEMEN ASAS GRAFIK

 

Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.


Mudah

Mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video.

Warna

Warna bermaksud kombinasi warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun satu warna video. Grafik dikatakan tidak mengandungi lebih tiga warna.

Teks

Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Dalam pada itu, pemilihan warna dalam font amat penting dalam asas grafik

Kesesuaian

Kesesuaian didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak dengan sesuatu foto ataupun video.

Keseimbangan

Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah.



Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.

No comments:

Post a Comment