Wednesday 31 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- ELEMEN ASAS GRAFIK

 

Terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.


Mudah

Mudah didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video.

Warna

Warna bermaksud kombinasi warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun satu warna video. Grafik dikatakan tidak mengandungi lebih tiga warna.

Teks

Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Dalam pada itu, pemilihan warna dalam font amat penting dalam asas grafik

Kesesuaian

Kesesuaian didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak dengan sesuatu foto ataupun video.

Keseimbangan

Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah.



Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA


PENDEKATAN ANALISIS WACANA 

 

PRA-ANDAIAN

 

Pra-andaian ialah hal yang diamalkan sebelum permulaan garis hujah atau sesuatu tindakan. Pra-andaian dibahagikan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan juga  konteks.

 

EMOSI

 

Emosi ialah suatu perasaan yang muncul di dalam diri seseorang akibat rangsangan dari dalam diri mahupun dari luar. Tambahan juga, emosi ini terbahagi kepada dua aspek iaitu emosi positif dan negatif serta emosi yang bercampur.

 

NILAI DAN BUDAYA

 

Nilai dan budaya berkaitan dengan aspek diri, masyarakat dan adat. Hal ini berkait rapat dengan nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Misalnya Nilai seperti jujur, ikhlas, baik hati. kasih sayang dan kerajinan.

 

BAHASA

 

Bahasa memfokuskan kepada bahasa pertama, kedua dan ketiga. Selain bahasa dikategorikan keepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal.

 

INFERENS

 

 

Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Selain itu, aspek analisis ini perlu dibincangkan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini perlu dijelaskan dengan lebih lengkap.

 

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.



Wednesday 24 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 

Cerita Sosial 1 : Nenek dan Datuk

 

 

Watak

Latar Tempat

Latar Masa

Latar Masyarakat

Emosi Positif

Emosi Negatif

Alim

Kampung

di Kajang

 

Hari ini




30 minit perjalanan

Masyarakat yang tinggal di bandar

Alim berhenti menangis setelah dipujuk oleh nenek

Alim terus menangis tanpa bertanya kepada datuk dan nenek terlebih dahulu dimana ayam dan itik.

 

Ibu dan bapa

Nenek dan Datuk Sebelah bapa Alim yang tinggal di Melaka

Masyarakat yang tinggal di kampung

Nenek dan Datuk Sebelah bapa Alim yang tinggal di Kajang

Rumah Nenek

 

Masyarakat yang sayang akan haiwan

Alim dan keluarganya ketawa sambil menonton cerita kartun bersama-sama

Abang Imran

Reban

Alim menangis tanpa sebab

Kak Madihah

Aisyah

 

Rujukan buku : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.



                                                                     Kehadiran kelas 25 Mac 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

 

Pengenalan Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Tuan Nor Munirah Binti Tuan Abdullah. Nombor Matrik saya 203928. Saya dilahirkan pada 6 Januari 1998. Saya berasal dari negeri Kelantan. Saya mengambil jurusan bahasa dan linguistik melayu di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pelajar sesi 2009/2020.