BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK - TAMING SARI
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Bahan untuk asas grafik :
1. Bunting / banner
2. Pamphlet
3. Poster
4. Gambar / foto
5. Billboard
6. Video
Bunting/Banner
Bunting atau banner merupakan salah satu bahan asas grafik yang
sering digunakan untuk mempromomosikan sesuatu barangan atau produk. Bunting
atau banner sering menjadi pilihan para syarikat untuk mempromosikan barang
mereka kepada orang ramai. Hal ini kerana, bunting atau banner biasanya berada
di tepi jalan atau dihadapan kedai-kedai sebuah syarikat untuk mempromosikan
barang mereka. Banner di atas merupakan salah satu contoh banner yang sangat
menarik kerana menggabungkan lima elemen grafik yang sesuai untuk mempromosikan
kasut tersebut. Banner tersebut menggunakan elemen mudah, teks, warna,
kesesuaian dan keseimbangan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai.
Kombinasi kelima-lima elemen ini sangat menarik kerana mesej yang ini disampaikan
dengan jelas. Banner ini juga menekankan elemen mudah kerana kehadiran watak
kasut ini memudahkan orang ramai memahami mesej yang disampaikan dengan mudah.
Oleh itu, penghasilan bahan asas grafik perlu menepati elemen asas grafik agar
mesej yang disampaikan dapat difahami.
Pamphlet
Pamphlet juga dikenali sebagai brochure
ataupun risalah yang membawa maksud, buku kecil yang diterbitkan bagi
meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan. Biasanya, buku ini
mempunyai halaman hadapan yang menarik. Seperti imej di atas, pamphlet tersebut jelas menarik dengan
penggunaan warna yang terang, fonts dan saiz teks yang bersesuaian, serta
menepati kesesuaian dan keseimbangan dalam elemen asas grafik. Elemen utama
yang diketengahkan di dalam pamphlet di atas ialah elemen warna. Pemilihan
warna hitam sebagai warna latar dapat menonjolkan warna imej dan teks yang
terang pada pamphlet tersebut. Corak seakan-akan coretan warna lukisan yang
berwarna-warni dipilih bagi menyampaikan mesej warna-warna kasut yang
disediakan oleh syarikat berkenaan. Jenama kasut, tagline, alamat website serta
no telefon yang berwarna putih pada
latar hitam menjadi lebih jelas dan memudahkan seseorang itu, untuk mendapatkan
maklumat mengenai syarikat tersebut. Teks '50%' yang bersaiz besar dan berwarna
terang dapat menyampaikan mesej secara langsung kepada seseorang yang melihat
pamphlet ini. Kesesuaian dalam pemilihan warna
dititikberatkan agar pamphlet kelihatan cantik serta mesej mengenai
kasut dapat disampaikan dengan baik.
Poster
Poster merupakan karya seni atau reka
bentuk grafik yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas berukuran
besar. Fungsi poster ini adalah untuk memudahkan satu agensi atau syarikat
perniagaan membuat promosi jualan dengan mudah. Berdasarkan poster yang
dipaparkan, ianya telah memenuhi kelima-lima elemen asas grafik seperti elemen
mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Penerapan setiap asas grafik
pada poster ini mampu membentuk satu poster yang dapat menepati objektifnya.
Namun begitu, elemen yang paling menyerlah pada poster tersebut ialah elemen
mudah. Hal ini kerana, poster tersebut mudah difahami objektifnya iaitu
penggunaan gambar kasut sukan. Majoriti bagi yang membaca poster ini akan mudah
memahami poster yang diberikan.
Gambar
Billboard
Billboard atau papan iklan merupakan struktur iklan luar yang
besar, biasanya papan iklan terdapat di kawasan lalu lintas yang sibuk seperti
di tepi jalan raya dan lebuh raya. Papan iklan ini dipasang untuk menunjukkan
iklan atau promosi produk sesuatu syarikat kepada orang ramai atau pemandu yang
melalui jalan tersebut. Seterusnya, keadaan fizikal papan iklan yang besar dan
tinggi serta mempunyai elemen asas grafik akan memudahkan orang ramai melihat
dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan oleh sesuatu syarikat
tentang produk keluaran mereka. Papan iklan tersebut menarik kerana menepati
elemen-elemen asas grafik, iaitu elemen mudah, elemen warna, elemen teks,
elemen kesesuaian dan elemen keseimbangan dalam menghasilkan papan iklan.
Kombinasi kelima-lima elemen pada papan iklan tersebut sangat penting untuk
menyampaikan mesej dan maklumat yang jelas kepada orang yang melihatnya. Namun
pemberat elemen asas grafik dalam papan iklah tersebut ialah elemen teks. Hal ini
kerana jenis, saiz dan warna font yang dipilih sangat sesuai dan ia memudahkan
seseorang untuk membaca teks tersebut dengan sekali pandang semasa di atas
jalan raya. Seterusnya, pemandu kereta juga dapat membaca teks pada papan iklan
tersebut dengan jelas semasa memandu.
Video
Tujuan
video ini adalah untuk mempromosikan item kasut terbaharu jenama NeoZone.
Terdapat tiga jenis warna yang dikeluarkan oleh NeoZone iaitu warna “Blueish”,
“Orangee” dan “Rainbow”. Berdasarkan video tersebut, terdapat 5 elemen asas
grafik iaitu mudah, warna, teks, keseimbangan dan kesesuaian. Namun begitu,
elemen yang diketengahkan oleh video tersebut ialah elemen warna. Warna latar
belakang video yang gelap menyerlahkan lagi warna kasut-kasut sukan yang terang.
Tambahan pula, sekiranya seseorang melihat video tersebut, maka, mereka akan
tertarik dan fokus kepada imej kasut yang dipaparkan. Warna yang terang dan
neon akan menarik minat pembeli untuk melihat kasut sukan tersebut. Maka objektif peniaga untuk menarik minat
pembeli terhadap kasut sukan tersebut berhasil.
Kehadiran Amali Minggu 3 (8 April 2021)
No comments:
Post a Comment