Sunday 16 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT


Rujukan : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Video Setempat 


Lagu : Suasana Hari Raya
Penyanyi : Anuar Zain & Ellina

Hai assalamualaikum semua. Selamat hari raya saya ucapkan. Maaf zahir dan batin. Berikut saya kongsikan video saya menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga. Jom tengok sama-sama.


Video setempat merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini perlu dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku pada masa itu.  Biasanya durasi video setempat ini lebih kurang dalam empat minit dan wajah perakam video jarang ditunjukkan. Antara langkah yang saya lakukan sebelum merakam video setempat ialah memastikan bateri telefon saya penuh dan kamera dapat berfungsi dengan baik. Seterusnya memilih lokasi atau tempat yang sesuai untuk merekod video tersebut. Saya juga meminta ahli keluarga saya untuk turut serta di dalam video setempat agar suasana menjadi lebih meriah. Saya juga turut memastikan agar tempat yang dipilih tidak bising. Hal ini untuk memastikan audio atau suara saya jelas kedengaran di dalam video tersebut. Semoga bermanfaat :))




Kehadiran Amali Minggu 8 (20 May 2021)





No comments:

Post a Comment