Wednesday, 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana Dan Strategi Komukasi Teori Dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): Kuala Nerus, Terengganu Darul Aman.

Cerita Sosial 2

Cerita sosial 2 ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Alim yang ingin berkongsi makanan dengan jirannya. Kisah ini bermula pada hari ahad apabila bapa Alim telah pulang dari pasar dan membawa pulang banyak buah-buahan tempatan. Ada buah durian, buah duku, buah manggis, buah rambutan, buah langsat  dan banyak lagi buah-buahan tempatan. Bapa membeli buah-buahan dari pasar tani. Bapa membelinya buah-buahan ini kerana bapa tahu anak-anaknya sangat gemar makan buah-buahan tempatan. Kemudian, bapa menyuruh abang Imran untuk memanggil ibu dan adik beradiknya yang lain untuk makan buah-buahan yang bersama-sama.

    Abang Imran pun memangil ibu, Madihah, Alim dan Aisyah untuk makan bersama-sama. Mereka semua sangat gembira dan agak terkejut apabila melihat banyak buah-buahan tempatan. Sebelum makan, ibu telah menyediakan sebuah bakul sampah untuk membuang kulit buah-buahan tersebut. Hal ini kerana, ibu tidak suka sekiranya rumah menjadi kotor dan bersepah akibat daripada sisa kulit buah-buahan tersebut. Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah menangguk tanda faham akan arahan mereka.  Ketika mereka sedang makan, Alim bertanya dan meminta izin ibunya untuk berkongsi buah-buahan tersebut dengan rakannya yang bernama Sulaiman. Hal ini demikian kerana, Alim sering ingat akan pesan ibu iaitu berkongsi apa-apa rezeki atau barang yang kita suka dengan orang lain. Jadi, Alim berfikir untuk berkongsi makanannya dengan rakannya, Sulaiman. Ibu tahu Alim kagum dan memuji anaknya sebagai seorang anak yang baik kerana mengingati pesannya. Kemudian ibu memberikan keizinan kepada Alim untuk berkongsi buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Ibu mengasingkan dan memasukkan beberapa biji buah rambutan dan manggis ke dalam plastik yang berwarna merah. Kemudian, Alim mengambil bungkusan plastik merah daripada ibunya lalu berlari ke arah rumah Sulaiman. Apabila Sampai di rumah Sulaiman, Alim memberikan plactik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman mengambil plastik yang berisi buah manggis dan buah rambutan itu sambil tersenyum dan  mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikannya buah-buahan .

            Setelah memberikan buah-buahan kepada Sulaiman, Alim pulang ke rumah untuk makan buah-buahan bersama keluarganya. Alim berasa seronok dan puas kerana tdapat berkongsi makanan dengan Sulaiman. Kemudian Alim, abang Imran dan Kak Madinah membantu ibu dan bapa mengemas rumah setelah makan buah-buahan. Alim membantu membuang sisa kulit buah-buahan ke dalam tong sampah. Semasa membuang sampah diluar rumah, Alim terserempak dengan Mak Timah. Mak Timah ialah ibu kepada Sulaiman. Mak Timah sedang menyapu lantai di kawasan luar rumah. Mak Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Timah berasa sangat gembira dan terharu. Alim membalas ucapan terima kasih Mak Timah. Alim memberitahu Mak Timah bahawa amalan berkongsi makanan atau barangan yang kita suka merupakan amalan yang baik. Amalan tersebut seharusnya dicontohi oleh semua orang. Alim juga tidak lupa untuk memuji Mak Timah dan keluarganya. Alim berkata bahawa mereka ialah orang baik. Mak Timah berasa sedih mendengar kata-kata daripada Alim. Mak Timah sempat memuji dan mengatakan Alim seorang budak yang baik. Serta berterima kasoh kerana sanggup berkawan baik dengan Sulaiman.

                                                       Kehadiran Amali (8 April 2021)

No comments:

Post a Comment